Tuesday, May 3, 2011

Muzium Bakau

Hmmm...habiskan masa cuti hujung minggu dgn Net a.k.a kakak aku.. Awal-awal pagi lagi dia bertolak dari Changlun siap beli nasik lemak lagi utk adik yg tersayang. Tq my sister..
Plan pg ni nak jalan jalan cari tempat utk family nak berkelah tapi , macam tak seronok jee.. lepas tu otak aku yg agak bijak ni teringat satu tempat...tapi masa aku p sebelum tu xsiap lagi tempat tu...bolehlah survey mana tau kan dah siap. Taadaaaa dah siap laaa...nak masuk!!nak masuk!!

ha..tgk cantik tak muzium ni.. byk maklumat berkenaan sejarah negeri kedah kat cni. Lokasi? senang saja.. berhampiran dengan restoran kat titi semeling, kalo naik titi semeling tu boleh nmpak muzium ni dari atas titi. Kami bertuah sebab time ni free je masuk tp sekarang ni mungkin dah kena bayar la kot..ye la tempat cantik xkan masuk free je ye tak.. muzium ni dibuka dari 9.00 pg - 5.00 ptg. Menarik rugi la siapa yg tak nak berkunjung ke muzium ni. Syabas Kerajaan Negeri Kedah. Tp satu je yg aku risau.. takut tempat ni tak dijaga oleh pengunjung - pengunjung yg berkunjung di sini. Memang la nak masuk kita bayar, ada cleaner, tapi dari segi moralnya perlulah ada kesedaran diri ye tak. Projek ni dibangunkan dari duit kita jugak, tak sayang ke kalau tak jaga..sayangkan.. kan.. Akhir kata selamat bercuti!!




No comments:

Post a Comment